Friday, March 16, 2012

Antara Dua Jenis TVC

Besok kompeni aku ada shooting untuk TVC.Tapi aku tak terlibat sebab muka aku lebih sesuai jadi duta jam Richard Mille.Patutnya dah lama kena buat tapi takpelah daripada tak buat apa-apa langsung.Dulu tak pernah buat promosi produk,then slowly panggil TV3 untuk slot apekebendatah tiap Isnin.Aku pun dah lupa,ada aku buat entri pasal tu.Bayar mahal bai…Teringat cerita member aku.Sepupu member aku ni kerja dengan ATSB,kompeni buat peralatan aviation,radar dan sewaktu dengannya.Satu hari TV3 datang nak shoot aktiviti kompeni diorang untuk Majalah 3.

Diorang pun cakap apa ada hal,shoot ajelah.Tetiba orang TV3 tu tanya,berapa ATSB nak bayar diorang.Whatt?Dah la tak dijemput,nak kena bayar pulak?Banyak cantik.Sudahnya balik macam tu je.Betoi ke tak sepupu member aku ni cerita kau tak tau la.Kang aku pulak yang kena saman.

Cerita pasal TVC tadi tu,memang patutnya kena buat sebab susah nak jual produk kalau orang tak kenal.Harga plak premium habis.Dulu aku ngan member-member aku selalu cakap,bayar la Safee Sali untuk jadi duta produk.Dia kan atlit glemer+talented.Sesuai sangat la tu.Tapi TVC yang nak dishoot besok ni taktaulah siapa pelakonnya.Adakah Aaron Aziz atau Remy Ishak?Haha!Takkan bagi mamat muka jambu kot ye tak?Lari konsep baii..Aku pantang betul kalau benda lari konsep ni.

Masa baca emel semalam aku tak faham apabenda TVC ni.Aku main teka je,TV Commercial kot.Satu-satunya TVC yang aku tau adalah kat hujung enjin jet Sukhoi Su-30MKM TUDM tu.TVC bermaksud Thrust Vectoring Control.Maknanya Sukhoi yang kita ada boleh buat manouvre yang ‘ketat’.Korang paham ke tidak aku tak tau la.Itulah jahanamnya bahasa Melayu kalau convert terus dari Bahasa Inggeris.Haha!

Korang jangan tak tau pulak,untuk yang belum tau konfigurasi Sukhoi TUDM adalah kedua yang terbaik selepas Sukhoi MKI milik Indian Air Force.Kalau confirm jadi Malaysia beli Eurofighter Typhoon,meriah sikit koleksi fighter jet kita.Tapi banyak aku baca dalam forum/blog ketenteraan,Malaysia ‘wajib’ beli pesawat AWACS.Aku nak eksplen pun panjang jugak ceritanya.Nanti ada masa korang buka blog Military of Malaysia .

Ok,cukuplah tu aku merepek pasal TVC.Aku nak cuci mesin jap.

Arsenal;Tangga Ke-3 EPL Pun Jadilah

Dah lama jugak aku tak buat entri pasal Arsenal.Patutnya aku postkan semalam tapi sibuk plak.Ciput betul entri aku bulan ni.Graf statistik pun merudum dengan begitu berkesan sekali.Duhh…

Citer bola la wei,hang merepek apa!

Ok2,gua berhalusinasi sekejap tadi…

Perlawanan terbaru menentang Newcastle di Emirates,Thomas Vermaelen menjaringkan gol di minit ke-95 untuk membolehkan Arsenal meraih kemenangan kelima berturut-turut.Arsenal menang 2-1.Aku tak tengok sebab lawan pukul empat pagi.Setakat ni Arsenal berada di landasan terbaik dan harapnya berterusan untuk baki 10 perlawanan.

 

Statistik Arsenal setakat ini:

Kedudukan :4

Perlawanan :28

Menang :16

Seri :4

Kalah :8

Jaringan :57

Bolos :39

Mata :52

 

Enam perlawanan terakhir:                                   Enam perlawanan akan datang

 

Bolton vs Arsenal 0-0 Everton vs Arsenal (21 Mac)
Arsenal vs Blackburn 7-1 Arsenal vs Aston Villa (24 Mac)
Sunderland vs Arsenal 1-2 QPR vs Arsenal (31 Mac)
Arsenal vs Tottenham 5-2 Arsenal vs Manchester City (8 Apr)
Liverpool vs Arsenal 1-2 Wolves vs Arsenal (11 Apr)
Arsenal vs Newcastle 2-1 Arsenal vs Wigan (16 Apr)

Wednesday, March 14, 2012

“Pandai”nya Budak Ni Mencarut

Laman Fakta vs Tahyul-143125

 

Memula gua sentap jugak menengok Shoutmix gua bila ternampak perkataan yang macam ni.Tapi pastu gua senyum rilek.Ni bukan first time orang mencarut kat blog gua.Takat sesekali kena carut ape ada hal.Obe Blogserius tiap entri kena carut pun steady je.Tapi dia lain.Ranking Alexa Blogserius 14,465 dengan PR3.Senang cakap femeslah.Makin ramai peminat,maka makin ramai juga haters.

Kalau nak dibandingkan dengan blog si Obe,memang jauh beza blog gua ni.Gua pun tak pernah suka-suka nak bash orang sana-sini.Tapi maybe ada yang butthurt dengan tulisan gua.Apa tujuan si dadada ni tulis macam tu gua pun tak pasti.Saje nak troll kot.Tapi tak apa,gua suka dengan apa yang gua tulis dan akan terus menulis.Kadang-kadang perkara yang benar tu memang tak best.Thats why orang kita lebih suka benda tahyul dan takde faedah,sebab lebih ‘seronok’ baca.

Baca info dari blog memang seronok,tapi tak semua betul.Korang kena banyak dapatkan input dari sumber lain jugak.Pandai-pandailah ye?

Kepada dadada,tahniah kerana tau mengeja perkataan yang sesuai untuk diri anda!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Intense Debate Comments

 
Copyright © Laman Fakta vs Tahyul. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by Santhosh