Thursday, January 27, 2011

Inikah Rupa Alat Untuk Mencuri WiFi???

Kelmarin aku dengar kawan aku mengadu internet dia slow,biasa la kot bila pakai broadband.Dia pernah adukan masalah dia ke Celcom.Selain jawapan skema dari customer service,pihak Celcom jga memaklumkan ada kewujudan alat penarik gelombang broadband dan WiFi.
Kebetulan ada salah sorang kawan kepada kawan aku ni jual alat tu.Member tu pun promote la barang dari China ni.Siap demokan alat tu dapat tarik dan boostkan signal yang dapat dikesan.Apa yang lebih mengejutkan,alat tu mampu decrypt password WiFi!Maknanya dengan pembelian alat tu,penggunanya dapat melayari internet percuma dengan menjadi parasit kepada WiFi orang lain.Dengan hanya bermodalkan RM200-RM300,internet percuma seumur hidup.Dan member dia yang menjual tu mendapat berbakul-bakul maki hamun percuma dari kawan aku yang memang hangin internet dia perlahan.
Aku pun agak curious dengan produk macam tu,tapi tak mustahil memang ada.Gadget dari China memang berlambak,macam-macam gadget ada.Antaranya menatang WiFi Booster/Hacker ni la.Mula-mula aku syak alat ni cuma nak boost signal WiFi je,tak sangka pulak boleh hack password.Bila boleh hack,dah jadi cerita lain la kan.
Aku pun buat sikit research tentang barang-barang ni.Ini antara bukti kewujudan barangan yang kawan aku maksudkan:



Penjualan alat ni di sebuah online forum.Besarkan gambar untuk baca isi topik yang dibincangkan.


Antara ayatnya berbunyi macam ni:

Wat mase sekarang hanya WEP je yang boleh crack(100% gerenti)..crack pn bergantung pada berapa panjang password tu dan kekuatan signal tu gak..kalo 5 angka jer dalam 1-2 minit dah leh dapat...saya pernah crack 20 angka dalam 15-20 minit...(kekuatan signal 4-5 bar)


angka saja ke hexadecimal atau huruf semua sekali?


angka dan huruf sume skali...asalkan WEP


Petikan iklan penjualan alat ni di sebuah forum jugak:




Korang baca la sendiri,leceh nak menaip time internet berat cam skarang ni,:P
Tapi aku gagahkan jugak untuk kesedaran korang diluar sana.


Rupa benda alah/gadget parasit ni:








Dua jenis ni je yang aku jumpa.Cukup la untuk korang kenal macamana rupanya.

Sekarang aku nak tanya,berapa kos bulanan korang untuk melanggan internet?RM60?RM100?RM200?Atau lagi mahal lagi?
Tapi ada dikalangan kita yang menumpang internet yang kita bayar MAHAL tiap-tiap bulan,tapi diorang dapat free je dengan gadget parasit ni.Sesiapa yang ada WiFi kat rumah,berhati-hati dengan jiran korang.Setakat ni gadget ni cuma dapat decrypt/hack password WiFi yang menggunakan WEP.Setau aku security protocol yang biasa orang pakai untuk WiFi ni WEP,WPA & WPA-PSK.Next time aku tak tau la kot-kot makin advance.
Cuma sebagai pengguna internet berbayar dan mahal pulak tu,adalah tak adil bagi penggunaan gadget parasit ni 'mencuri' kemudahan asas ni.Mencuri air dan elektrik boleh didakwa,kenapa tak jika mencuri internet?

Aku harap pihak berwajib akan memantau dengan ketat kemasukan gadget-gadget dari luar dan mengharamkan produk ni sepertimana kerajaan mengharamkan penggunaan parabola.Kenapa parabola haram?Sebab boleh tengok banyak channel.Kenapa gadget ni mesti diharamkan?Sebab mencuri adalah berdosa disisi agama.

**Kalau nampak jiran anda meletakkan benda ni diluar rumah dan anda menggunakan Streamyx/UniFi,berjaga-jaga dan tukarlah password WEP kepada WPA.Aku tau banyak orang search benda bodoh ni kat internet,harap-harap anda yang beragama Islam diluar sana sedar MENCURI ADALAH BERDOSA.Seronok mencuri kat dunia ni sekejap je,akhirat kena fikir jugak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Intense Debate Comments

 
Copyright © Laman Fakta vs Tahyul. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by FaizalRSD