Saturday, January 22, 2011

PASKAL Malaysia Tumpaskan Lanun Somalia di Teluk Aden

Tahniah untuk kejayaan Pasukan Khas Laut (PASKAL) Malaysia yang berjaya menewaskan lanun-lanun Somalia.Misi terbaru itu adalah misi menyelamatkan kapal tangki bahan kimia MT Bunga Laurel yang sedang dalam perjalanan ke Singapura.
Bagaimanapun kejayaan ini dibayangi oleh satu lagi operasi menumpaskan lanun oleh komando Korea Selatan yang menyelamatkan kapal pengangkut bahan kimia,Samho Jewelry pada 15 Januari.Dalam misi tersebut komando Korea Selatan berjaya membebaskan 21 tebusan dan membunuh 8 lanun,manakala kapten kapal Samho Jewelry cedera di perut.
Tetapi,kejayaan pasukan Paskal Malaysia pada 20 Januari lalu adalah lebih membanggakan kerana tiada sebarang kematian,samada dari pihak Paskal mahupun musuh.Seramai 18 lanun menyerah diri,7 diatas kapal MT Bunga Laurel dan 11 lagi berada diatas kapal induk mereka.
Kapal tangki tersebut yang sarat dengan minyak pelincir dan ethylene dichloride diserang lanun kira-kira 300 batu nautika dari timur Oman pada jam 11.45pm.Kapal tersebut disewa MISC yang membawa kargo bernilai kira-kira RM30 juta dan membawa 23 anak kapal.Semasa diserang lanun,anak kapal bersembunyi di bilik enjin dan semua lampu dimatikan.
MT Bunga Laurel diiringi oleh kapal Bunga Mas 5 yang membawa komando Paskal dimaklumkan oleh MISC Emergency Report Center(ERC) bahawa kapal MT Bunga Laurel telah diserang dan cuba dirampas lanun pada jam 11.40pm.

Sejata yang dirampas dari lanun Somalia
Gambar dari The Star Online
Dua bot Paskal yang diketuai oleh Lt.Komander Maznan Said dan Lt.Noor Asri Roslan berlepas dari Bunga Mas 5 yang berada 14 batu nautika dari MT Bunga Laurel.Bunga Mas 5 turut mengejar MT Bunga Laurel untuk memberi bantuan tembakan yang turut dibantu helikopter Fennec TLDM.
Kapal induk lanun cuba melancarkan serangan namun terpaksa mengalah kerana menerima tentangan hebat dari kapal Bunga Mas 5 dan tembakan sniper dari helikopter Fennec.Akhirnya mereka menyerah diri melalui radio dan serangan tersebut ditamatkan.Tiga lanun Somalia cedera,namun tiada kecederaan pada anak kapal dan pasukan penyelamat.
Kejayaan tersebut adalah lebih besar ertinya jika dibandingkan dengan kejayaan komando Korea Selatan.Tahap kejayaan sesuatu misi adalah diukur dari bilangan casualties dan dari misi ini,ternyata keupayaan Paskal Malaysia adalah setaraf dengan pasukan elit terkemuka dunia.Sewajarnya Paskal Malaysia menerima pengiktirafan tersebut dan keupayan Paskal harus disegani oleh pasukan khas negara lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Intense Debate Comments

 
Copyright © Laman Fakta vs Tahyul. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by FaizalRSD