Thursday, January 27, 2011

Yamaha LC 135 Coolant Cover:Is It Necessary?

Images from motomalaya.blogspot.com
Korang ada motor LC135?
Ada pakai benda alah ni tak?

Benda ni adalah pelindung radiator untuk Yamaha LC135.Tujuannya adalah untuk melindungi radiator daripada kemik atau bocor akibat lentingan batu yang berterbangan.Selain melindungi,ia juga menambah kecantikan motorsikal LC135.

Tapi...
Pada pendapat aku,kecantikan pelindung radiator ni mungkin memberi kesan kepada kecekapan radiator menyingkirkan haba.Aliran udara dari hadapan untuk melalui fin radiator akan terganggu akibat terhalang dengan plat bercorak Yamaha tu.
Ditambah lagi dengan ketiadaan meter suhu,pemilik LC135  tak dapat mengetahui suhu sebenar bendalir penyejuk enjin.Yang ada cuma meter amaran yang hanya menyala bila suhu enjin terlalu tinggi.
Untuk tujuan melindungi radiator dari batu,rasanya jaring meshwire sudah memadai.Dengan posisi radiator terletak dibelakang mudguard,agak sukar untuk batu terkena radiator.
LC owner,relax.Ni cuma pendapat aku je.Aku pun takde LC135,haha!Ingat ye,pendapat aku tu ada perkataan mungkin.Apa pendapat korang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Intense Debate Comments

 
Copyright © Laman Fakta vs Tahyul. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block | Start My Salary
Designed by FaizalRSD